Nasi ulam ini sebenarnya buat bila malas nak masak dan jemu dgn lauk biasa. Memang best. Kalau nak sedap lagi makan dgn ikan bakar/daging bakar (beli kat kedai!) Resepi ini memang 'balance diet'.
Nasi ulam
Nasi (baru masak dan panas) - 2 mangkuk
ulam boleh guna pelbagai.saya suka
Daun gajus, salam, serai wangi, kesum, ketumbar,pudina dsg -hiris nipis
Bunga kantan (1/2) ,daun serai 1 btng-hiris nipis
Lada - 1 biji -kalau nak pedas boleh tambah
bwng besar saiz kecil 1 biji -potong nipis
halia muda 1 inci -potong nipis
limau nipis 1 biji ( saya guna lemon lagi wangi- 1/2 biji)
lada hitam 10 biji-tumbuk
kerisik 1 sudu besar
Ikan kering/udang kering- kuantiti terpulang. jgn bnyak sangat.-goreng dulu.(atau boleh bakar aje)
CARA
Semua bahan gaul sebati (kecuali nasi). Jgn lua Masuk garam sikit/gula sikit.
Gaul dgn nasi yg masih panas.
Makan lah..memang sedap! makan 2 orang saja ni..